Pelakon Zizie Izette kini dikatakan sedang berbulan madu di Eropah bersama suaminya, Datuk Bung Mokhtar Radin, 51, dan dijangka pulang ke tanah air pada 8 Januari ini.
Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 31, difahamkan berlepas ke Filipina pada 24 Disember lalu setelah selesai menjalani penggambaran drama 25 episod Suraya terbitan Zeel Production.
Dari Filipina, Zizie yang memegang watak Suraya dalam drama yang disiarkan di TV3 melalui slot Samarinda itu, meneruskan penerbangan ke Eropah.
Menurut sumber, selain bulan madu ke Eropah, Zizie juga menerima sebuah kereta mewah BMW Sport berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WPY 2121 (yang membawa makna Zizi) sebagai hadiah perkahwinan.
Sumber tersebut memberitahu, Zizie melangsungkan pernikahannya dengan Ahli Parlimen Kinabatangan itu apabila mengambil cuti dua hari daripada penggambaran pada 16 Disember lalu.
"Kami memang tidak diberitahu di mana pernikahan itu berlangsung dan bila. Tetapi Zizie ada memberitahu pihak produksi dia telah bernikah.
"Sekembalinya bercuti dua hari itu, kami melihat Zizie memandu BMW Sport yang berharga RM280,000 ke lokasi," kata sumber berkenaan.
Selain berbulan madu ke Eropah dan kereta mewah sebagai hadiah perkahwinan, Zizie juga kini mempunyai syarikat penerbitan sendiri yang dikenali 2121 Vision Pictures Sdn. Bhd.
Walaupun sudah mempunyai syarikat penerbitan sendiri, Zizie dikatakan akan meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan.
Difahamkan sekembalinya dari berbulan madu, Zizie akan memasuki set penggambaran telemovie Azan terbitan Zeel Production.
Penggambaran itu dijangka mengambil masa 10 hari.
Azan yang akan ditayangkan di TV2 tahun depan akan diarahkan oleh Along Kamaluddin dengan lokasinya sekitar Kuala Lumpur.
p/s: Nah, senang hidup Zizie. kalau Bung tu bukan ahli parlimen, dan orng2 biasa yang kerja biasa2, adakah Zizie akan kahwin dengan Bung? Anda tahu jawapannya... Kita hanya doakan, Semoga perkahwinan berkekalan sebab mereka bina masjid. Bagus.