Tuesday, October 4, 2011
Adakah Fida Maafkan Mamat (Sepah)?
Bekas anggota kumpulan Sepah, Mohd Noor Murad atau Mamat memberitahu masih kabur sama ada kekasihnya, pelakon Fida Ibrahim telah memaafkan dirinya berhubung konflik melibatkan mereka berdua.
Mamat berkata, melalui satu perbualan dengan Fida baru-baru ini, kekasihnya itu telah memaafkannya secara lisan tetapi tidak pasti sama ada ia lahir daripada kejujuran hati pelakon itu atau tidak.
"Saya ada berbincang dengannya mengenai perkara tersebut melalui telefon untuk meminta maaf kepadanya dan Fida secara lisan telah memaafkan saya.
"Namun saya tidak pasti sama ada Fida telah memaafkan saya tulus dari hatinya kerana saya tidak dapat membaca apa yang terkubu dalam dirinya itu. Kami belum pernah berjumpa selepas kejadian itu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Mamat sebelum ini secara tidak sengaja telah memuat naik gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya dan gambar tersebut telah tersebar luas di internet.
Mamat dalam satu kenyataannya sebelum ini kesal dengan kesilapannya itu kerana telah menyebabkan nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak tercalar.
Dalam sebuah akhbar mingguan Ahad lalu, Fida membuat kenyataan enggan memaafkan Mamat kerana perbuatan tersebut telah mencalarkan maruahnya.
Dalam pada itu, Mamat memberitahu buat masa ini dia tidak mahu mengulas apa-apa mengenai kejadian itu kerana enggan kes tersebut terus panas dengan pelbagai kenyataan balas daripada kedua belah pihak.
"Perkara telah terjadi dan tidak ada apa lagi yang perlu saya katakan. Saya tidak mahu menghangatkan keadaan dan terpulang kepada individu dan masyarakat untuk menilai," ujarnya.
Mamat dalam penjelasannya memberitahu gambar tersebut diambil ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di sebuah destinasi yang turut disertai oleh Fida dan beberapa rakan lain.
Menurutnya, semasa gambar tersebut diambil, dia tidak perasan sebahagian rambut kekasihnya itu terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)