Monday, August 31, 2009

Artis cuci mata di gym

Sempena bulan puasa ni, teman kalau boleh tak nak la bergosip sana sini. Tapi kalau gosip tak ada, bosan la pulak. Apa yang boleh Teman kongsikan, Teman akan uar-uarkan.

Baru-baru ni Teman ada la lepak-lepak dengan rakan wartawan. Dalam duk seronok berborak, terpacullah satu cerita yang Teman rasa agak jijik untuk didengar.

Dahla sebelum ni heboh dengan cerita personaliti diva yang dikatakan homoseks! Cerita yang Teman nak beritahu ni pun ada jugak iras-iras berita panas diva berangan tu.

Adalah seorang bintang realiti TV ni. Dia memang jenis orang yang suka jaga penampilan. Sebab nak jaga stamina, artis lelaki ni selalulah ke gym untuk bersenam. Baguslah kalau macam tu. Tapi rupanya ada ‘udang di sebalik batu’. Pepatah kata, sambil menyelam, minum air.

Rupa-rupanya artis tersebut pergi ke gym sebab nak jamu mata. Dikatakan artis itu acap kali berulang alik masuk ke bilik persalinan dan bilik mandi. Nak tinjau apa yang patut. Bersenam tu buat syarat jer. Harap kalau artis tu terbaca artikel ni, cepat-cepatlah bertaubat. Nak-nak sekarang ni dalam bulan mulia.

p/s: woooo sapa artis tuuu

Sunday, August 30, 2009

Dulu video XXX Farawahida, Kini Gambar Farawahida





Persoalannya, siapakah brader yang botak ni? Mesti banyak duit dia ni sbb tu ramai awek muda dan cun bertempek kat dia. Kachingg$$

Adik ipar Mawi pilih duda anak tiga

Tidak sampai setahun selepas Ekin mendirikan rumah tangga dengan penyanyi popular Mawi, kini giliran adik kembar, Nora Ain Rahmat atau Aenn pula menamatkan zaman solonya tidak lama lagi.

Pelakon berusia 30 tahun itu bagaimanapun memilih untuk mengadakan majlis pernikahan secara sederhana di kampung halamannya di Johor Bahru manakala lokasi bagi resepsi persandingan masih belum ditentukan.

Aenn yang sebelum ini terkenal menerusi drama bersiri Kawan bakal menjadi isteri kepada duda berusia 41 tahun yang telah mempunyai tiga cahaya mata. Mereka akan bernikah selepas Hari Raya Aidilfitri.

"Saya minta maaf kerana tidak boleh beritahu nama bakal suami kerana saya hanya mahu dedahkan identitinya pada hari bersejarah kami nanti. gossipdanartis.blogspot.com

"Cuma saya boleh cakap lelaki itu ialah anak kelahiran Kuala Lumpur dan merupakan seorang ahli perniagaan," katanya ketika ditemui pada penayangan lima saluran di Astro sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Bukit Jalil di sini.

Menurut Aenn, dia dan bakal suaminya mempunyai banyak persamaan sekali gus menjadikan mereka serasi dan selesa bersama.

Saturday, August 29, 2009

Gambar Terbaru Aaron Aziz

Aaron Aziz nie memang pelakon lelaki yang boleh lah dianggap yang kacak dan bergaya. Namun dah beristeri lah pulak. Hehe. Aaron Aziz juga sihat dari segala kontroversi dan gossip liar walaupun menyedari dirinya memiliki bakat yang terbaik dalam bidang lakonan. Aaron memang selalu nampak di kaca TV, mungkin pengarah tahu apa di sebalik yang ada pada Aaron berbanding yang lain. Terbaru dia akan berlakon dalam 'Kasih Tercipta' di Astro Prima bersama-sama Nasha Aziz dan Erra Fazira.

Friday, August 28, 2009

Lydiawati tidak hadir failkan kes hina mahkamah terhadap bekas suami

Peguam Lydiawati, Norazmi Mohd. Arif ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. -foto MSTAR
SHAH ALAM: Aktres Lydiawati gagal tampil di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam di sini untuk menfailkan kes menghina mahkamah terhadap bekas suaminya, Datuk Azhar Mohd. Zar.

Pada 5 Mei lalu, Azhar melafazkan cerai talak satu terhadap Lydiawati di hadapan Hakim Syarie, Mohamad Fauzi Ismail di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat pada pukul 11.47 pagi.

Bekas suami pelakon itu diperintah Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat supaya memulangkan semula semua barang perkakas perkahwinan bernilai RM67,000 serta membayar nafkah edah, mutaah dan tunggakan nafkah berjumlah RM36,000.

Bagaimanapun, difahamkan Azhar masih belum menurut arahan mahkamah tersebut sehingga hari ini.

Menurut peguam Lydiawati, Norazmi Mohd. Arif, dia tidak boleh mewakili anak guamnya (Lydiawati) memfailkan kes tersebut dan dia tidak tahu punca ketidakhadirannya.

"Kes tidak boleh difailkan kerana anak guam saya (Lydiawati) belum dapat menandatangani affidavit kerana dia tidak dapat datang. "Bila tarikh yang sesuai terpulang kepada Lydiawati sendiri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Affidavit itu, jelas Norazmi ialah keterangan bertulis untuk membolehkan permohonan pemfailan kes menghina mahkamah oleh Lydiawati dibuat terhadap bekas suaminya, Azhar.

Pada 19 Mac lalu, Azhar (plaintif) memfailkan permohonan kebenaran untuk cerai terhadap isterinya, Lydiawati mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam Selangor 2003 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat, Banting.

Defendan, Lydiawati bersetuju kerana dikatakan tidak tahan dengan sikap dan layanan serta nafkah yang tidak mencukupi oleh plaintif.

Pada 1 April lalu, Lydiawati memohon kebenaran bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat, Banting.

Bagaimanapun peguam syarie Zulkifli Yong yang mewakili Lydiawati memberitahu mahkamah perlu terlebih dahulu memutuskan dakwaan lafaz cerai daripada Azhar di luar mahkamah pada awal Februari lalu.

"Ini berlaku selepas plaintif (Azhar) dikatakan menuntut kembali wang mas kahwin serta cincin perkahwinan daripada defendan (Lydiawati)," kata Zulkifli.

Menurut Zulkifli lagi, anak guamnya mendakwa berbangkit perkataan berbentuk lafaz cerai yang tidak dapat dipastikan sama ada ia berbentuk kinayah atau sorih.

Lafaz cerai berbentuk kinayah ialah lafaz cerai yang memerlukan pengesahan niat sementara lafaz cerai sorih merujuk kepada lafaz cerai yang menggunakan perkataan yang jelas.

Lafaz tersebut perlu ditentukan menurut Zulkifli, bagi mengelakkan jatuh talak kali kedua.

Justeru, Hakim Syarie Muhammad Fauzi Ismail menetapkan 30 April lalu untuk sebutan semula. Bagaimanapun kes pengesahan lafaz cerai itu terpaksa ditunda lagi iaitu ke 5 Mei.

Pada 5 Mei lalu, Azhar melafazkan cerai talak satu terhadap Lydiawati di hadapan Hakim Syarie, Mohamad Fauzi Ismail di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat pada pukul 11.47 pagi.

Azhar, 35, dan Lydiawati, 43, atau Salina Zaimon berkahwin pada Ogos tahun lalu dan bercerai ekoran tidak wujud kesefahaman antara mereka.

Perintah bayaran sejumlah RM103,000 yang perlu dibuat Azhar itu adalah perjanjian bersama pasangan itu.

Bagaimanapun, difahamkan Azhar masih belum menurut arahan mahkamah tersebut sehingga ke hari ini

Fasha ‘diserang’

KUALA LUMPUR: Sehari selepas seorang atlit ekuin negara mengakui menjalin hubungan istimewa dengan Fasha Sandha, pelakon itu teruk `diserang’ apabila beberapa gambarnya dalam pos istimewa bersama bekas suami pelakon Nora Danish, Rizal Ashram Ramli, muncul di Internet.

Gambar pelakon dan model iklan itu memaparkan kemesraannya bersama Rizal dengan berpakaian serba putih yang agak seksi.

Enam keping gambar yang dipercayai dirakam pada majlis sambutan hari jadi seseorang, dikirim kepada Harian Metro menerusi e-mel selain dipaparkan di beberapa laman web hiburan tanah air.

Beberapa gambar artis jelita itu bersama Rizal ketika berada di trek lumba kereta turut berlegar di Internet.

Tidak dapat dipastikan bila dan di mana gambar itu diambil, malah Fasha sendiri enggan memberi sebarang komen apabila diajukan soalan mengenai gambar berkenaan dengan alasan bimbang kenyataannya akan disalah tafsir

“Ia gambar lama dan saya tidak tahu apa motif orang menghantar gambar itu ke Harian Metro. Lagipun gambar terbabit bukan kami berdua saja tetapi beramai-ramai,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 25, berkata gambar itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia bukan menunjukkan sebarang hubungan istimewa antara dia dengan Rizal.

“Siapa yang hendak memanaskan keadaan dengan gambar itu saya tidak tahu dan malas hendak komen, nanti salah tafsir.

“Lagipun tidak lama lagi, kita hendak sambut Ramadan, jadi lebih bagi saya mendiamkan diri,” katanya.

Menurutnya, buat masa sekarang dia hanya mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya, tambahan pula selepas menjadi model barangan kemas Habib Jewel.

“Memandangkan sekarang saya sudah menerima tawaran menjadi model selama dua tahun, jadi lebih baik memberi tumpuan lebih kepada karier,” katanya.

Harian Metro Rabu lalu melaporkan ekuin negara yang enggan namanya didedahkan, mengakui hubungan dengan Fasha sudah terjalin sejak setahun lalu dan difahamkan mereka bakal disatukan awal Januari depan.

Ekuin berusia 29 tahun itu dilaporkan berkata, dia tidak mahu perkara itu diperbesarkan sebaliknya akan membuat pengumuman bulan depan.

“Saya tidak mahu perkara ini diperbesar-besarkan dan kalau boleh biar saya bersikap diam diri. Saya tidak mahu apabila perkara ini dihebahkan, tumpuan saya pada kejohanan akan datang terjejas.

“Sekarang masih banyak masa, jadi kalau boleh saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan. Apabila keadaan mengizinkan, saya akan memberi penjelasan kepada anda (wartawan) semua,” katanya.

Wednesday, August 26, 2009

Shah Rukh Khan mengaku tidak berpuasa penuh

MUMBAI: Jadual kerja yang sangat sibuk menjadi sebab beliau sukar untuk berpuasa sepanjang Ramadan.

Namun pelakon terkenal, Shah Rukh Khan berkata beliau masih berpuasa sekurang-kurangnya beberapa hari dalam bulan Ramadan.

Shah Rukh memberitahu satu agensi berita bahawa setiap tahun beliau berazam "untuk berpuasa sekurang-kurangnya tiga hingga empat hari ketika Ramadan."

Bagaimanapun, tuntutan profesionalnya menjadikannya mustahil untuk berpuasa melebihi tempoh itu.

Shah Rukh atau SRK berkata beliau sering tidak berpuasa kebelakangan ini kerana mengambil ubat akibat masalah sakit belakang.

p/s: Dia ni Islam ke? Tuntutan profesional lebih penting dari tuntutan akhirat Dato ni.. Lantak Dato la..

Pelakon Santau bercerai

Mahkamah Rendah Syariah Kajang mengesahkan pelakon filem Santau, Putri Mardiana Zainal Abidin, 28, sah bercerai secara taklik dengan talak satu.

Hakim Syarie, Mohd Faizal Hasan memutuskan demikian setelah berpuas hati dengan lafaz cerai taklik yang dilafazkan bekas suaminya, Shahnaz Norwawi, 32, pada 1 Jun 2009.

Nurul Syuhada Putus Cinta Dengan Mejar Faiz, Si Angkasawan Negara

Nurul Syuhada dah break dengan Mejar Faiz. Sumber ni sahih dari rakan rapat Nurul dari Kustem. Sepatutnya Nurul & Faiz bertunang pada 4 julai lalu, tetapi last minute Nurul batal’kan. Katanya terlalu awal & belum bersedia. Tapi hal sebenarnya,dia dah ada penganti lain. Student di Incef, nama Raja Amir. Kesian Faiz, katanya frust jugalah Faiz. Iya lah, sudah banyak duit Faiz dikeluarkan. Persiapan kahwin pun sudah dibuat. Dengar ceritanya, Faiz sudah belikan Nurul cincin Diamond Solitare RM10 ribu, booking dewan putrajaya. Kononnya, nak ambil Pak Engku sebagai wedding planner.

Raja Amir ni budak Desa Sri Hartamas, sosial juga lah. Standard anak orang kaya katakan. Satu Unicef sudah kecoh. Hari itu masa dinner budak-budak Incef, Raja Amir tayang Nurul dekat budak kampus. Makan hati’lah budak lain kan, hal ni sudah kecoh satu Incef, cuma media sahaja belum tahu.