Sempena bulan puasa ni, teman kalau boleh tak nak la bergosip sana sini. Tapi kalau gosip tak ada, bosan la pulak. Apa yang boleh Teman kongsikan, Teman akan uar-uarkan.
Baru-baru ni Teman ada la lepak-lepak dengan rakan wartawan. Dalam duk seronok berborak, terpacullah satu cerita yang Teman rasa agak jijik untuk didengar.
Dahla sebelum ni heboh dengan cerita personaliti diva yang dikatakan homoseks! Cerita yang Teman nak beritahu ni pun ada jugak iras-iras berita panas diva berangan tu.
Adalah seorang bintang realiti TV ni. Dia memang jenis orang yang suka jaga penampilan. Sebab nak jaga stamina, artis lelaki ni selalulah ke gym untuk bersenam. Baguslah kalau macam tu. Tapi rupanya ada ‘udang di sebalik batu’. Pepatah kata, sambil menyelam, minum air.
Rupa-rupanya artis tersebut pergi ke gym sebab nak jamu mata. Dikatakan artis itu acap kali berulang alik masuk ke bilik persalinan dan bilik mandi. Nak tinjau apa yang patut. Bersenam tu buat syarat jer. Harap kalau artis tu terbaca artikel ni, cepat-cepatlah bertaubat. Nak-nak sekarang ni dalam bulan mulia.
p/s: woooo sapa artis tuuu
No comments:
Post a Comment