Monday, September 21, 2009

Aktres lucah terkenal berlakon di Jakarta

Pelakon filem lucah terkenal Jepun, Maria Ozawa (gambar) akan berlakon dalam sebuah filem Indonesia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ozawa yang akan tiba di Jakarta pada 14 Oktober depan terkenal dengan panggilan Miyabi di Indonesia.

Dia yang berdarah campuran Jepun, Kanada dan Perancis akan berlakon dalam filem yang berjudul Menculik Miyabi.

Filem itu mengisahkan seorang gadis cantik yang berasal dari Jepun merantau ke Indonesia dengan tujuan untuk berniaga.

Seorang kakitangan syarikat Humas Maxima Pictures, Erlina S berkata, Ozawa akan mendapat hak eksklusif seorang artis dan dikawal ketat apabila menjalani penggambaran filem itu.

Semasa berada di Jakarta, orang ramai tidak dibenarkan untuk mendekatinya dan berjabat tangan dengannya.

Penulis skrip filem itu, Raditya Dika mengaku dia kini sedang menulis skrip untuk filem tersebut.

Menurutnya, tidak ada adegan panas dalam filem itu walaupun Ozawa merupakan pelakon filem lucah yang terkenal.

Ozawa yang lahir pada 8 Januari 1986 akan menjalani penggambaran di Jakarta pada 15 Oktober hingga 22 Oktober depan.

Sunday, September 13, 2009

Datuk Siti Berpeluh ketiak

Rupanya susah nak bergambar ye. Sampai berpeluh ketiak tu. Muka dah ok touch up nya. Tapi camne boleh tak perasan, ketiak berair. hehe

“Saya Tidak Kisah Tayang Lurah Dada’ – Kata Haliza Misbun

Apa lah motif’nya si Haliza Misbun buat kenyataan begini, lagi-lagi di bulan puasa. Memang free-free je dapat nasihat sinis daripada kami & juga pembaca OHBULAN!. Motif’nya, Haliza Misbun tidak kisah pun menayang lurah buah dada’nya yang memang khas untuk dijadikan santapan buat penonton filem ‘Andartu Terlampau…21 Hari Mencari Cinta’

Kata’nya, buat rugi sahaja penonton membeli tiket mahal-mahal, tapi tak dapat tengok benda yang menarik. Jadi, untuk filem ini, memang Haliza berikan lurah terbaik & mendalam untuk penonton. Kaedah’nya, kami tidak mengerti, masih adakah penonton yang mahu melihat seorang artis wanita yang…errkk, sizen? outdated? kuno? – Anda boleh tambah sendiri sebarang perkataan yang sewaktu dengan’nya.

“Apa salahnya saya berikan sesuatu yang tidak biasa dilihat ketika saya berlakon drama. Kalau sama sahaja penampilan saya di dalam filem, macam tidak berbaloi pula harga tiket yang dibayar oleh penonton.” kata Haliza Misbun dengan aksi terlampau

Kata’nya lagi, dia ingin membuat sedikit perubahan dari segi watak kerana selama ini dia hanya memegang watak serius. Maka, filem terbaru ini dia cuba memberikan watak komedi, yang pertama kali baru di cuba semenjak menjadi pelakon.

“Filem terakhir saya, ‘Scoop’ tidak begitu berjaya dan ada pihak yang menyalahkan saya kerana berpendapat wajah saya tidak boleh dijual. Jadi, saya harap dengan filem terbaru ini, persepsi orang akan berubah.”

Saturday, September 12, 2009

alif aziz cium molot







Sape perempuan tu? Kalau sekali imbas, macam sape tu nama dia.. yang penah blakon dalam spanar jaya tu. Tu kalau sekali imbas. Kalau banyak kali imbas, saya pun tak tau sape dia. Gambar di ambil dari blog sebelah.

Friday, September 11, 2009

Isu gambar 'panas': Aliff menyesal!

"Saya akui telah lakukan kesilapan besar itu di Singapura. Sejujurnya, saya amat menyesal dan berharap semua yang tersinggung dapat memaafkan saya," luah penyanyi Aliff Aziz dan nada kesal berhubung isu gambar 'panas' yang sedang tersebar di internet.

Gambar yang mempamerkan aksi Aliff bercium dengan seorang perempuan yang dikatakan di sebuah kelab itu kini hangat diperbincangkan di dalam forum dan blog-blog di internet.

Menurut penyanyi kelahiran Singapura ini, dia sedar kesilapan itu telah menjejaskan imejnya tatkala dirinya sedang mengukir nama di persada seni dan terpaksa redha dengan segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan.

"Sukar untuk saya gambarkan betapa menyesalnya saya dengan perkara ini. Saya pun baru saja tahu tentang penyebaran gambar itu di internet.

"Saya manusia biasa dan saya memang tidak terlepas dengan kesalahan. Tetapi macam mana pun, itu bukan satu 'escape' untuk saya 'lepaskan' diri.

"Saya bertanggungjawab dengan apa yang tersebar itu. Benda dah terjadi, jadi saya kena tanggung akibatnya. Ibubapa saya juga amat sedih bila dapat tahu tentang perkara ini.

"Sebab itulah saya tidak mahu menjelaskan dengan terperinci tentang hal ini. Apa yang boleh saya katakan, saya sangat menyesal dengan apa yang berlaku dan ini adalah satu pengajaran kepada saya supaya menjadi lebih matang," kata Aliff yang kini berada di Kuala Lumpur untuk aktiviti promosi dan sesi fotografi.

Ditanya bilakah insiden itu berlaku, dalam nada perlahan, penyanyi berusia 18 tahun ini akui ia adalah gambar-gambar lama.

Bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut sama ada insiden tersebut berlaku ketika dia masih berada di bawah umur.

"Saya tak mahu ulas tentang itu," ujar penyanyi yang melonjak namanya menerusi lagu Sayang Sayang.

Aliff juga enggan mengulas lanjut siapakah perempuan di dalam gambar itu.

"Seperti yang saya katakan tadi, tak perlulah saya terangkan lebih-lebih. Saya sendiri tidak ingat bila gambar itu diambil dan saya juga tidak berapa pasti siapa perempuan itu kerana kami berada di sana di dalam satu kumpulan.

"Dan saya tidak tahu apa niat orang yang menyebarkan gambar itu. Saya tidak mahu cakap sama ada ini adalah sabotaj atau tidak kerana apapun, saya akui itu adalah silap saya.

"Maafkanlah kesilapan saya dan saya cukup berharap peminat-peminat akan terus menyokong karier saya. Buat masa ini, saya dah tak tahu apa lagi yang boleh saya buat selain meminta maaf kepada semua," kata Aliff yang tidak mahu mengulas di mana insiden itu berlaku.

Monday, September 7, 2009

Sarung tangan Michael Jackson dilelong RM169,400

Satu sarung tangan putih dihiasai permata milik Michael Jackson yang dilemparkan kepada peminatnya di Australia lebih sedekad lalu dilelong pada harga AU$57,600 (RM169,400).

Warwick Stone, pembeli untuk Hard Rock Hotel and Casino di Las Vegas, mengalahkan lima pembida lain untuk mendapatkan sarung tangan Raja Pop itu, kata Charlotte Stanes, jurucakap rumah lelongan Bonhams and Goodman.

Anggaran harga sarung tangan itu sebelum dilelong ialah AU$30,000

"Kami sangat gembira dengan jualan ini," kata Stanes. "Ia merupakan sarung tangan pertama yang diketahui ada di Australia."

Bonhams and Goodman berkata, ini merupakan acara lelongan pertama bagi sarung tangan Michael Jackson sejak penyanyi itu meninggal 25 Jun lalu pada usia 50 tahun.

Jackson melawat Australia pada 1996 dalam siri jelajah dunia "HIStory".

p/s: harga sarung tangan mengalahkan harga rumah

Ana Alisha ( iklan rejoice yg guna jari pun boleh) dgn pakwe dia danny ex-factor


















Thursday, September 3, 2009

Salih Yaacob Masuk Sehati Berdansa 3?

Selepas raya nanti akan kembalilah program tarian paling popular, Sehati Berdansa 3. Sebelum ini beberapa nama telah disebut-sebut akan menyertainya dan yang terbaru Murai Batu dengar ia akan turut disertai oleh seorang deejay merangkap pelawak terkenal.

Risik-risik, tanya-tanya, Murai Batu dimaklumkan bahawa orang yang dikatakan itu adalah penyampai popular Sinar FM, Salih Yaacob. Hai, betul ke Abang Salih? Ini sudah menarik..

Kenapa Murai Batu cakap menarik, kalau jadi masuk Sehati Berdansa 3 tu, isteri yang mana akan menari dengannya? Almaklumlah Salih kan ada 3 isteri yang baik budi. Cuba bayangkan, kalau isteri No 2 yang masuk, tentu isteri paling tua dan yang paling bongsu boleh datang bawa sepanduk sokongan!

Cakap lagi pasal Salih dan 3 isterinya itu, kawan rapat mereka berkata hubungan mereka sekeluarga sungguh harmoni, siap ada jadual lagi rumah mana Salih pulang setiap hari. Lucunya, kadangg-kadang, Salih boleh terlupa pula rumah bini mana yang dia kena balik! Tapi mereka tetap happy macam lagu Amy Mastura.

"Murai Batu tahu tak, masa bini No 3 nak bersalin dulu, bini No 2 tu siap tolong hantarkan dia ke hospital lagi dan kemudian tolong tanamkan uri bayi tu. Sejuknya hati aku mendengarnya. Hai... bertuah sungguh Abang Salih. Aku tabik spring kat Abang Salih dan semua wife dia," kata sumber itu.

Jadi sesuai sangatlah kalau abang Salih dipanggil suami mithali kan? Kalau boleh program Sehati Berdansa ini akan merapatkan lagi hubungan kasih sayang antara suami isteri walaupun ada pasangan yang lepas bertanding terus naik turun mahkamah. Tapi itu bukan sebab tarian atau lantai tari tapi silap atur gerak langkah dalam rumah tangga. gossipdanartis.blogspot.com

Apapun gosipnya, kita tunggu nanti siapa pasangan yang sah bertanding pada musim ini. Ada pula gosip cakap dalam akhbar, hosnya Fahrin dapat pasangan baru. Tapi entahlah, Murai Batu masih suka sangat Linda Onn kerana dialah yang sebenarnya menceria dan mensensasikan Sehati Berdansa untuk 2 musim lalu.


dipetik dari murai.


p/s: mesti dapat sokongan padu dari isteri isteri salleh yacob ni

Wednesday, September 2, 2009

Krisdayanti: Saya dan Rahul hanya teman biasa

MEREKA sering digelar pasangan romantis. Biar apa saja kontroversi yang melanda, hubungan diva popular Indonesia, Krisdayanti dan suaminya Anang Hermansyah dilihat terus utuh.

Bersama dua anak mereka, Titania Aurelie, 11, dan Azriel Akbar, 9, Anang dan Kris terus dianggap sebagai sebuah keluarga yang cukup lengkap tatkala nama Kris masih gah di persada hiburan.

Namun, perkahwinan yang dibina sejak 22 Ogos 1996 itu hancur berkecai apabila si suami dikatakan tidak tahan dengan cerita kecurangan isteri tercinta menerusi anaknya sendiri.

Dan kelmarin, Anang akhirnya mengaku dia sudah menceraikan Kris pada 19 Ogos lalu, tiga hari sebelum umat Islam menyambut Ramadan.

Pendedahan Anang di hadapan media Indonesia di pejabat KD Production, Jakarta Selatan itu nyata merupakan satu berita yang cukup menggemparkan.

Menurut Anang, proses perceraian mereka akan diselesaikan selepas tamatnya bulan Ramadan nanti. Meskipun Anang tidak membicara lanjut tentang perceraian tersebut, namun menerusi kata-kata Anang, ia jelas menunjukkan kehadiran orang ketiga yang menyebabkan keruntuhan rumahtangga pasangan ini.

Malah, menerusi laporan media Indonesia sebelum ini, Kris yang pernah dikaitkan dengan beberapa nama dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan dari Timor Leste. Kris juga dikatakan sedang berada di Timor Leste, saat Anang mengeluarkan kenyataan tentang perceraian ini.

Lebih mengecewakan Anang, kecurangan si isteri itu berlaku di depan mata anak-anaknya yang kemudiannya mengadu kepada Anang. Antara yang didedahkan Anang, mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak hampir sebulan lalu. Malah, katanya, hasrat untuk bercerai juga akhirnya datang daripada Kris sendiri.

Dan menerusi laporan laman web, detikHot.com, Kris hari ini tampil berdepan dengan pihak media menjelaskan tentang perceraiannya dengan Anang yang hampir 13 tahun menjadi suaminya itu.

Kata Kris, dia ingin proses cerai itu diselesaikan dengan cepat dan akan mendaftarkan cerai di Pengadilan Agama.

"Saya akan melayangkan permohonan cerai seminggu selepas Aidilfitri nanti," kata Kris di kediamannya di Radio Dalam, Jakarta Selatan, semalam setelah pulang dari Timor Leste.

Ujarnya, dia akan membuat permohonan itu setelah sambutan lebaran kelak kerana ingin menghormati hari kemenangan umat Islam itu. Tambah Kris, dia mengambil keputusan untuk berbicara tentang perceraian ini pada bulan Ramadan setelah Anang tampil mengeluarkan kenyataan kelmarin.

Kata adik kepada penyanyi Yuni Shara ini, dia seboleh mungkin tidak mahu memanjangkan cerita kerana tidak mahu timbul sebarang fitnah serta salah sangka tentang kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan mereka.

"Saya hanya akan membacakan catatan hati saya ini seminggu setelah hari lebaran nanti. Pokoknya, saya ingin semuanya cepat dan tidak ada ribut-ribut," katanya.

Hak penjagaan dua anak-anak mereka akan dipegang oleh Anang, manakala sejumlah harta bersama pasangan ini akan diberikan kepada anak-anak mereka.

Dalam pada itu, ditanya tentang kewujudan orang ketiga yang disebut-sebut menjadi punca perceraian mereka iaitu jutawan dari Timor Leste bernama Rahul Lemos, Kris menolak tegas tentang perkara itu.

"Hati-hati bila berbicara tentang nama kerana ada pihak yang akan disakiti. Saya dan beliau hanya teman biasa saja," katanya yang ditemani Yuni Shara pada temubual itu.

Menurut KD, dia mengakui Rahul menjadi penaja utama yang mengundangnya mengadakan persembahan di sana.

"Betul, memang Rahul yang menaja dan membawa saya ke Timor Leste. Dan juga membawa Dian HP Production, penari dan kru-kru lain," katanya.

Tambah Kris, kunjungannya ke sana adalah sebagai tetamu negara, bukan sebagai tetamu 'peribadi' Rahul yang juga sudah mempunyai isteri.

"Saya di sana menjadi tetamu negara. Empat hari di sana, saya selalu dikawal," ujarnya.

Kris bagaimanapun tidak mengulas lanjut sejak bila dia mula mengenali Rahul. Penyanyi tersohor ini juga menafikan pengakuan Martha, isteri Rahul yang mengatakan suaminya beberapa kali mengadakan jamuan makan malam peribadi bersama Kris.

Anak-anak tidak mahu bertemu Kris

Menurut laporan di detikHot.com lagi, Kris akui sudah sebulan tidak bertemu dengan anak-anaknya yang berada di bawah jagaan Anang. Kris dan Anang sudah sebulan tidak tinggal sebumbung.

"Sudah sebulan saya tidak bertemu anak-anak, walaupun kita tidak terpisah dengan jarak yang jauh. Hati saya sedih berdepan semua ini, nyawa saya seperti hilang," tuturnya.

Kata Kris, bukan hanya Anang yang membataskan peluang untuk bertemu anak-anaknya, malah, kedua-duanya juga tidak mahu bertemu dengan ibu mereka sendiri.

Namun, kata Kris, dia tidak pernah menyimpan perasaan marah mahupun dendam dan menganggap apa yang berlaku adalah satu cubaan untuk dirinya.

Kali terakhir Kris mengetahui perkembangan anak-anaknya adalah dari guru mereka seminggu yang lalu.

"Saya berkomunikasi dengan guru mereka dan kata guru Aurel, dia sudah datang haid. Alhamdulillah, dia sudah menjadi perempuan dewasa," ujar Kris dalam keadaan sebak.

p/s: waahh.. kantoi dengan anak rupanya. adakah kantoi ketika sedang diranjang? takkan la anak nak menipu kan?

Anang ceraikan Krisdayanti talak tiga

Suami artis popular Indonesia, Krisdayanti, 34, telah menjatuhkan talak tiga kepada penyanyi berkenaan pada 19 Ogos lalu, tiga hari sebelum umat Islam menyambut kehadiran Ramadan.

Anang Hermansyah, 40 tahun, mengaku beliau telah melafaz cerai kepada penyanyi lagu Menghitung Hari itu setelah mempercayai penyanyi yang mesra dipanggil KD telah memiliki 'pujaan hati' yang lain.

"Secara Islam, perceraian itu sudah sah tetapi kami masih dalam proses dengan jabatan agama," ujar Anang kepada beberapa media Indonesia seperti disiarkan.

Menurut Anang, bagi menghormati bulan Ramadan, proses perceraian akan diselesaikan sepenuhnya selepas Aidilfitri ini.

Beberapa media Indonesia juga menulis Anang mengetahui hubungan KD dengan lelaki berkenaan setelah diceritakan sendiri oleh anaknya, Titania Aurellie, 11. gossipdanartis.blogspot.com

Anang mendakwa, perceraian itu dibuat atas persetujuan anak-anak mereka selain diminta oleh isterinya sendiri.





p/s: berebut2 la nak tekel kris nnti. muka lawa, bodi bergetah.

Saya tak kisah untuk berbogel

WALAUPUN sebelum ini, dia dikatakan antara bintang yang agak sensitif dengan adegan terlalu seksi, malah selalu muka bertukar merah apabila bercakap mengenai babak ranjang, Anna Paquin menjadi wanita baru selepas berlakon dalam drama TV, True Blood.

Pengakuan terbaru Anna ialah, dia kini tidak bermasalah dengan isu berbogel.

Malah, aktres yang pernah menggenggam Oscar itu menekankan bahawa seseorang itu harus terbuka apabila berbicara mengenai babak bogel.

Katanya, "Ramai orang yang terlalu tertutup apabila bercakap mengenai berbogel. Saya tidak nampak apakah isu di sebalik adegan atau pelakuan berbogel. Bukankah ketika melakukan seks juga tidak mengenakan seurat benang. Saya tidak ada masalah dengan berbogel."

Akui pelakon berusia 27 tahun itu, memegang watak utama dalam drama puntianak True Blood telah banyak mengubah persepsinya tentang isu ini. gossipdanartis.blogspot.com

"Selepas berlakon dalam True Blood, saya jadi lebih peka dengan gerak tubuh. Saya juga belajar untuk memberikan sudut-sudut terbaik untuk memastikan pengarah mendapat syot yang paling menawan," katanya.

Tuesday, September 1, 2009

Tam Spider bertunang

DALAM diam-diam rupa-rupanya Tam Spider sudah pun menjadi tunangan kepada Aida Mustaffa, 28. Mereka mengadakan majlis pertunangan secara sederhana di Pontian, Johor pada 15 Ogos lalu.

Teman Diva terus menghubungi Tam sebaik saja menerima kiriman e-mel daripada seorang peminat Tam yang bertanyakan kesahihan berita itu.

Ujar Tam: "Bukan tak mahu beritahu pihak wartawan tapi kami mahu mengadakannya secara sederhana. Lagipun baru bertunang. Nanti kalau sudah mahu kahwin, baru boleh beritahu." Gembira saja suara Tam di hujung talian.

Menurut Tam, mereka akan bernikah selepas raya. Namun, tarikhnya belum ditetapkan.

Menurut penyanyi Rela Kupujuk tersebut, majlis persandingan akan diadakan di Pontian diikuti di Melaka iaitu di rumah keluarga sebelah ibu Tam.

Cerita Tam, dia sudah lama mengenali Aida tetapi hanya bertemu dua atau tiga kali dalam setahun. Baru tahun lepas mereka menjalinkan hubungan yang serius.

Kata Tam, sudah sampai masanya untuk dia memikirkan tentang tanggungjawab menjadi suami semula setelah 11 tahun menduda.

"Kalau ada pasangan, sakit pening ada orang jaga," ujarnya.

Ditanya tentang keistimewaan Aida, jawab Tam: "Dia mengikuti perkembangan saya dan memahami keadaan kerja saya.

"Waktu dating memang tak menentu sebab saya banyak terlibat dengan kerja-kerja studio tapi dia faham. Yang penting dia menerima anak dan keluarga saya," ujarnya berkongsi cerita.

Tambah Tam yang baru menubuhkan studio sendiri ini, di samping sibuk membuat persiapan kahwin, dia dan Spider juga sedang dalam proses mengeluarkan single terbaru yang bertajuk Ajaib.

p/s: baguslah Tam.. tahniah

Linda Jasmin Dalam Iklan

Pernah tengok iklan ni? Yang peringkat remaja, maybe tak sempat dengan iklan ni. Tak silap saya, iklan ni tahun 1996. Saya pun baru tau itu linda jasmin.