Friday, September 11, 2009

Isu gambar 'panas': Aliff menyesal!

"Saya akui telah lakukan kesilapan besar itu di Singapura. Sejujurnya, saya amat menyesal dan berharap semua yang tersinggung dapat memaafkan saya," luah penyanyi Aliff Aziz dan nada kesal berhubung isu gambar 'panas' yang sedang tersebar di internet.

Gambar yang mempamerkan aksi Aliff bercium dengan seorang perempuan yang dikatakan di sebuah kelab itu kini hangat diperbincangkan di dalam forum dan blog-blog di internet.

Menurut penyanyi kelahiran Singapura ini, dia sedar kesilapan itu telah menjejaskan imejnya tatkala dirinya sedang mengukir nama di persada seni dan terpaksa redha dengan segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan.

"Sukar untuk saya gambarkan betapa menyesalnya saya dengan perkara ini. Saya pun baru saja tahu tentang penyebaran gambar itu di internet.

"Saya manusia biasa dan saya memang tidak terlepas dengan kesalahan. Tetapi macam mana pun, itu bukan satu 'escape' untuk saya 'lepaskan' diri.

"Saya bertanggungjawab dengan apa yang tersebar itu. Benda dah terjadi, jadi saya kena tanggung akibatnya. Ibubapa saya juga amat sedih bila dapat tahu tentang perkara ini.

"Sebab itulah saya tidak mahu menjelaskan dengan terperinci tentang hal ini. Apa yang boleh saya katakan, saya sangat menyesal dengan apa yang berlaku dan ini adalah satu pengajaran kepada saya supaya menjadi lebih matang," kata Aliff yang kini berada di Kuala Lumpur untuk aktiviti promosi dan sesi fotografi.

Ditanya bilakah insiden itu berlaku, dalam nada perlahan, penyanyi berusia 18 tahun ini akui ia adalah gambar-gambar lama.

Bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut sama ada insiden tersebut berlaku ketika dia masih berada di bawah umur.

"Saya tak mahu ulas tentang itu," ujar penyanyi yang melonjak namanya menerusi lagu Sayang Sayang.

Aliff juga enggan mengulas lanjut siapakah perempuan di dalam gambar itu.

"Seperti yang saya katakan tadi, tak perlulah saya terangkan lebih-lebih. Saya sendiri tidak ingat bila gambar itu diambil dan saya juga tidak berapa pasti siapa perempuan itu kerana kami berada di sana di dalam satu kumpulan.

"Dan saya tidak tahu apa niat orang yang menyebarkan gambar itu. Saya tidak mahu cakap sama ada ini adalah sabotaj atau tidak kerana apapun, saya akui itu adalah silap saya.

"Maafkanlah kesilapan saya dan saya cukup berharap peminat-peminat akan terus menyokong karier saya. Buat masa ini, saya dah tak tahu apa lagi yang boleh saya buat selain meminta maaf kepada semua," kata Aliff yang tidak mahu mengulas di mana insiden itu berlaku.

No comments:

Post a Comment