Monday, April 26, 2010

Amitabh Bachchan hidap masalah hati



Bintang Bollywood Amitabh Bachchan mendedahkan kepada peminatnya bahawa beliau menghidap sirosis hati yang berpunca daripada pemindahan darah yang dijalaninya pada tahun 80-an.

"Seorang pesakit telah menghidap sirosis hati, iaitu keadaan yang lazimnya dikaitkan dengan orang yang suka minum minuman keras. Jadi, inilah saya...seorang yang bukan kaki botol, seorang yang tidak meminum minuman keras, dengan penyakit yang menjangkiti saya menerusi pemindahan darah daripada seorang penderma," Bachchan dipetik sebagai berkata dalam blognya itu.


Beliau cedera parah ketika melakukan penggambaran filem Hindi berjudul "Coolie" dan terpaksa menjalani pemindahan darah bagi menyelamatkan nyawanya.

No comments:

Post a Comment