KL, 12 APRIL 2010: Hai mengucap panjang Murai batu apabila dapat tahu cerita tentang kedua-dua orang selebriti ni. Tapi, atas rasa tanggungjawab dan perikemanusiaan, kedua-dua nama artisi ni, terpaksalah Murai Batu rahsiakan sebab bimbang akan ada orang lain yang rasa terguris hati bila membacanya nanti.
Bercakap lebih lanjut tentang kedua-dua selebriti ni, di hadapan wartawan mereka beritahu hubungan mereka berdua hanyalah sekadar teman biasa saja tapi hakikatnya kedua-dua mereka tengah bercinta.
Yelah, apa tidaknya, kedua-dua selebriti ni rupa-rupanya sering habiskan waktu mereka bersama. Lebih-lebih lagi waktu mereka tengah rancak buat satu persembahan sedikit hari dulu.
Setiap kali habis saja persembahan, mereka akan berkurung dalam bilik sampai berjam-jam lamanya. Hai buat apa dalam bilik tu? Sampaikan orang terdekat punnaik curiga bila tengok kelakuan mereka yang semacam itu.
Yelah kalau setakat berdua-duaan pada waktu siang, tidak apa jugalah. Tapi,kalau dah sampai tengah malam buta, itu dah lain cerita. Kalau sekali dua,bolehlah orang tutup mata dan telinga. Tapi, kalau dah berhari-hari, tentulah ia menimbulkan syak wasangka.
Yang menghairankan tu, pengawal siap ketuk lagi bilik mereka yang berkunci tu,tapi mereka enggan membukanya. Bila pegawai atasan masuk campur, mereka boleh keluar dari bilik itu sambil buat muka *****.
Bayangkan kalau pengawal atau ada pihak pengurusan sengaja nak pedajal kedua-dua selebriti ni, mereka boleh terus hubungi pihak Jais. Sah-sah ini kes khalwat. Tapi, demi menjaga nama baik, perkara ini telah dirahsiakan.
Hai, kenapalah boleh jadi macam ni. Yang tak syoknya tu, kedua-dua selebriti ini memang sangat dikenali. Mereka pun dah berani tunjukkan kemesraan mereka sekarang ni.
Tapi, Murai Batu rasa itu semua akan memakan diri. Sebab, kedua-duanya pun ada masalah peribadi yang tak selesai lagi. Murai Batu harap kedua-dua selebriti ni akan saling menjaga keperibadian mereka. Janganlah over sangat. Sebab yang malu nanti diri sendiri juga.
MURAIBATU: Nak tunggu kisah kedua-dua selebriti ini seterusnya. Sampai bila mereka nak cakap mereka sekadar berkawan biasa je?
Haaaaaa.. siapakah dia cik murai batu? bagitau aja. berapa bnyak artis daa cik muraibatu nak jaga nama?
No comments:
Post a Comment