Kegiatan kumpulan anak Melayu yang baru sebulan beraksi di pusat hiburan terkenal itu dikesan beberapa penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyelinap masuk ke premis berkenaan sebelum serbuan.
Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Strategik Jais, Shahrom Maarop, berkata mereka yang ditahan berusia antara 25 hingga 35 tahun selepas didapati minum minuman keras.
Beliau berkata, yang mengejutkan, kumpulan dianggotai seorang penyanyi wanita itu selamba mengaku meneguk minuman haram itu.
“Mereka mengakui minum arak dan tidak menolak kemungkinan ada barang terlarang diisi dalam air haram itu,” katanya kepada Metro Ahad, semalam.
p/s: Nak selindung2 pulak dah. bgtau je lah kumpulan mana or sapa. Selindung camni lah yang buatkan diorng naik lemak. Takkan kuar paper punya. Seronok diorng minum arak.
No comments:
Post a Comment