Monday, April 19, 2010

Zarina Anak Ponti nak dedah pelakon lelaki ajak dia ke ranjang

Minggu lepas pelakon Zarina An Julie dalam Pancaindera membuat pendedahan ada seorang pelakon lelaki yang juga suami kepada artis wanita popular cuba nak menggatal dengannya.

Niezam ingat Zarina sengaja buat cerita sebab nak cari publisiti murah tetapi sebenarnya tidak.

Mengikut cerita wartawan macho macam hero filem Hindustan, Syed Mussaddad, Zarina ada menunjukkan kepadanya beberapa SMS yang dikirimkan pelakon lelaki tersebut.

Yalah... sebagai wartawan kalau tak ada bukti mana boleh buat cerita. Kenalah tengok bukti dulu. Tapi ada juga artis jenis lepas cakap, tapi kemudian bila kita sudah keluarkan kenyataan dia, mula nak menafikan balik. Akhirnya, balik-balik salahkan wartawan juga. Pirah!

Berbalik kepada Zarina, bukan apa, selama ini pelakon lelaki yang dimaksudkan itu selalu mendakwa dia bukan kaki perempuan. Sebaliknya setia kepada isteri yang satu dan cun melecun itu.Tapi sayangnya isteri pelakon itu kena tipu hidup-hidup. Suaminya memang hidung belang.

Kata Syed, dia membaca sendiri beberapa mesej melalui SMS yang ditunjukkan Zarina kepadanya.

Antara mesej daripada artis tersebut ialah dia nak ajak Zarina "ehem ehem". Faham-faham sajalahkan.

Pada mulanya Zarina ada balas juga SMS. Dia cakap dekat pelakon lelaki tu dia tak ingin nak 'ehem-ehem' dengannya. Tapi si pelakon lelaki tetap membalas SMS dan sanggup tunggu sehingga Zarina ingin.

Niezam dengar cerita, kalau pelakon tersebut masih mengganggu Zarina dengan SMS berbau lucah dan bukan-bukan termasuklah ajak ke ranjang, dia tidak ada halangan untuk mendedahkan siapakah lelaki tersebut.

Sekarang Zarina khabarnya tak sampai hati nak dedahkan hal berkenaan mengenangkan isteri pelakon itu seorang yang baik. Lagipun kedua-dua mereka artis. Nanti kalau kecoh lagi teruk.

Agaknya kenapa pelakon lelaki itu tergila-gila sangat dekat Zarina ya? Mungkin tak tahan tengok mulut Zarina yang seksi macam jambu air tu kut.








Baru-baru ni Zarina Ann Julie ada membuat pendedahan ekslusif kat Pancaindera yang ada seorang pelakon lelaki ni, juga suami kepada artis wanita popular cuba nak menggatal dengannya. Sape yang baca Pancaindera tu tahulah kot.

Menurut Zarina, pelakon lelaki tersebut sering menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah kepadanya malah Zarina juga mengatakan yang pelakon tersebut pernah menghantar SMS mengajak Zarina untuk melakukan seks. Woot!

Walau bagaimanapun, Zarina masih enggan mendedahkan nama pelakon tersebut walaupun dia mempunyai bukti kukuh untuk melakukannya. Mungkin Zarina tak sampai hati kot dan mahu menjaga perasaan isteri si pelakon ni.

Namun, dari informasi yang kami perolehi kat forum hiburan terkemuka Malaysia iaitu cari.com.my mengatakan bahawa pelakon lelaki yang dimaksudkan adalah Fauzi Nawawi, suami kepada Lisdawati. Sejauh mana kesahihan’nya, itu kami tak pasti.

Sama-sama kita tunggu perkembangan gossip ni dan nantikan sebarang update daripada kami (itupun kalau ada ler). Harap-harap gossip ni tak betul. Kalau betul, hurm.. Habislah karier Fauzi dan pastinya Lisda akan kena tempiasnya.

No comments:

Post a Comment