“Ya, saya mempunyai masalah selulit, sama seperti wanita lain dan perlu terus berusaha mengatasinya,” katanya dalam satu temuramah dengan majalah Shape.
Pengakuan Kardashian itu dianggap mengejutkan kerana beliau sebelum ini sering tampil dengan pakaian seksi dan mendedahkan tubuh, malah untuk muka depan Shape, Kardashian, 29, bergaya dengan bikini, menunjukkan bahagian perut dan pahanya yang langsing.
“Walaupun tubuh saya nampak menarik, saya tidak menganggap selulit suatu perkara remeh. Ia masalah besar bagi diri saya,”
katanya.
Bintang rancangan realiti Keeping Up With the Kardashians itu melahirkan rasa
kecewa apabila sebuah akhbar tabloid menampilkan dirinya dengan keadaan tidak menarik.
“Penyiaran gambar itu mendorong saya untuk bekerja lebih keras sehingga mampu tampil seksi. Saya akhirnya berjaya menurunkan berat badan hingga empat kilogram,” katanya.
Kim berkata beliau menurunkan berat badan dengan bersenam dan mengubah amalan pemakanannya.
“Jika sebelum ini saya hanya minum kopi pada waktu pagi, sekarang saya menggantikannya dengan makan oat,” katanya. – Agensi