Monday, May 3, 2010

Krisdayanti semakin miang?

SEJAK menjanda dan putus kasih lagi dengan kekasih, Kris Dayanti atau KD semakin miang. Itulah yang SS rasa dan dengar daripada teman-teman yang menyaksikan persembahan penyanyi yang popular dengan lagu Aku Wanita Biasa itu dengan Datuk Siti Nurhaliza di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), baru-baru ini.

Kata seorang penonton, KD bukan main manja lagi dengan penarinya ketika menyampaikan lagu Mencintaimu dengan irama latin. Malah ketika beramah mesra dengan penonton lelaki yang diundang ke pentas, KD siap pegang dagunya lagi sehingga lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Syaiful itu terpaksa menyusun dua tangan meminta ampun daripada isterinya! KD juga sempat mengatakan jangan ada pergaduhan dengan isterinya nanti kerana mereka sekadar berhibur. SS juga difahamkan, KD dan penonton itu bukan main goyang lagi ketika Siti dan KD menyampaikan lagu Goyang Inul. Ketika turun pentas bertemu penonton, KD rela pipinya dicium seorang peminat lelaki. Bagi SS, kalau KD nakal seperti itu memang biasa. Ketika masih berstatus isteri lagi, memang begitulah aksinya kalau di pentas. Tapi SS difahamkan ada wartawan bertanya isu itu dengan KD ketika sidang media, apakah benar dia semakin nakal. KD sempat tanya Siti, apa maksudnya, lalu disampuk Siti 'naughty'. KD hanya ketawa lalu berkata, "Apa kata kaulah (apa-apa ajelah)." SS difahamkan, dua diva hebat itu sedia melayan pertanyaan wartawan hampir sejam lamanya walaupun penat selepas menjayakan persembahan yang berakhir jam 12 tengah malam itu. Tepat jam 1 pagi, Siti minta izin wartawan hendak pulang kerana suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K dah tunggu dalam kereta.


Dalam pada itu, SS kasihan apabila dapat tahu ada wartawan tidak dibenarkan masuk ke dewan dengan mudah untuk membuat liputan kalau tidak ada undangan. Hakikatnya, media memang diundang ke majlis itu tetapi seperti biasa, mungkin yang tidak sempat menghubungi semula mereka untuk mengesahkan kehadiran.

Alasan penganjur, pada mulanya memang disediakan meja untuk media tetapi tidak sangka sambutan terhadap jualan tiket begitu hebat hingga mereka terpaksa menjual meja itu. Apa yang SS kesalkan, penganjur siap minta artikel yang pernah disiarkan wartawan yang datang sebelum dibenarkan masuk.

Hai, takkan, sampai begitu sekali. Harap pengurusan SACC ambil perhatian perkara ini pada masa depan. Bukanlah wartawan minta diberi layanan istimewa tetapi mengapa waktu sidang media bukan main lagi diminta sangat menghebahkan majlis itu? Khabarnya, mujurlah pihak pengurusan Siti Nurhaliza Production (SNP) campur tangan dan meminta penganjur memberikan meja juga untuk wartawan. SS difahamkan, jam 10 malam barulah mereka dibenarkan masuk. Hmmm...

No comments:

Post a Comment