AGAKNYA artis wanita ini dah buang tabiat, melelong nombor bilik penginapannya kat jantan. Entah dekat mana dia meletakkan maruah dirinya. Hendak kata tak cantik, bukan main jelita lagi orangnya. Rasanya tak susahlah hendak mencari calon suami. Bakat lakonan pun boleh tahan.
Hendak kata tak pandai, orangnya berpelajaran tinggi belajar sampai ke universiti. Tetapi entah hantu mana yang merasuk, tiba-tiba buat perangai tak senonoh. Sesuka hati dia bercakap. Otak gantung kat dinding gamaknya.
SS tak tahulah pulak jika itu caranya dia bergurau dengan menawarkan nombor bilik kepada mana-mana lelaki yang sudi, tetapi apabila melihatkan gelagat artis itu, SS rasa dia macam serius. Jika benarlah artis itu bergurau, lain benar cara orang sekarang bergurau. Tambahan pula apabila bersenda dengan kaum Adam. Kalau nak bergurau pun, banyak lagi benda yang boleh dijadikan bahan gurauan. Ceritanya begini, kejadian ini berlaku pada satu acara hiburan.
Sebaik selesai acara itu, artis wanita berkenaan dan beberapa lagi artis lelaki berjalan beriringan menuju ke destinasi masing-masing. Sebelum berpisah, artis wanita yang comel lote itu sempat bertanya siapa yang mahukan nombor biliknya.
Dulu dia pernah juga digosipkan ada hubungan intim dengan seorang aktor, tetapi katanya mereka kawan biasa saja. Terkejut jugalah semua artis lelaki itu kerana agaknya mereka sendiri tidak menyangka akan mendapat tawaran yang begitu hebat. Siapa tak mahu apabila ada wanita cantik tawarkan nombor bilik? Bak kata pepatah, orang mengantuk disorongkan bantal. Tetapi khabarnya, mereka malas melayan tawaran yang tak masuk akal itu. Bukan semua orang suka barang murah yang boleh dapat di mana-mana saja. Orang lebih suka tengok betis bunting padi yang terselindung di sebalik kain belah belakang. Yang tersorok itulah nilainya lebih tinggi.
Jadi artis wanita itu kenalah faham, bukan semua orang suka barang percuma. Lain kali jagalah budi pekerti. Jika benar ingin mengisi kekosongan hati, sorok-soroklah sikit. Wajah yang cantik akan menjadi lebih menarik jika disertakan dengan ketinggian budi bahasa. Jangan menyalahgunakan anugerah yang Allah beri.
Dulu dia pernah ditimpa satu musibah tapi nampaknya macam belum insaf. Sesungguhnya dia sangat beruntung kerana Allah sudah memberi petunjuk sejak awal. Bukan semua orang diberi peluang macam itu.
Siapakah dia?
No comments:
Post a Comment