PERANGAI tak senonoh hos TV sorang ni memang dah banyak kali Ad Lib dengar. Dah naik bernanah telinga Ad Lib tiap kali dengar cerita-cerita 'kenakalan' hos sorang ni.
Sebelum ni, hos berstatus ibu tunggal ni pernah didakwa menjadi punca keruntuhan rumah tangga sorang aktres jelita tu. Tak cukup tu, hos ni juga pernah buat hal ketika datang untuk ditemubual di syarikat penerbitan sorang kawan Ad Lib tu.
Sejak hari tu, dia bukan sahaja digelar 'selebriti gatal', malah dapat satu lagi cop mohor, iaitu selebriti hipokrit!Mana taknya, bila kawan Ad Lib tu tanya tentang teman istimewa, mati-mati dia menafikan. Kononnya, nak tumpukan pada anak dan karier.
Hmmm... jawapan standard artis, kan?! Walaupun, kawan Ad Lib yang pernah interbiu hos tu rasa macam nak 'termuntah' je bila dengar pengakuan 'tulus ikhlas'nya tu.
Hakikatnya, baik Ad Lib mahupun sumber tu tak kisah dan tak ambil peduli pun dengan siapa dia nak bercinta. Dia punya pasallah.
Tapi yang buat Ad Lib geram tu, masa ditemubual oleh kawan Ad Lib sebelum ni, bukan main lagi dia menegaskan dia masih solo. Sedangkan pada sesi tu, jejaka yang sama turut hadir menemankan hos tu. Apa cer ni?
Tak sampai sebulan pun hos jelita tu mengaku dia tengah solo, tiba-tiba sorang lagi sumber Ad Lib terserempak dengan hos tu di perlumbaan sukan F1 yang diadakan di negara kita, baru-baru ni.
Kata sumber tu, terkejut beruk bila dia tengok hos tu beraksi lebih hebat dan memukau daripada perlumbaan kereta-kereta F1 tu.
Bukan main lagi, hos tu berpeluk sakan dengan penuh mesra dengan sorang jejaka yang dicanang sebagai pengurusnya selama ni.
Wah... nampaknya pengurus tu sangat 'amanah' menjalankan tanggungjawabnya sehinggakan menjaga kebajikan jiwa dan raga hos tu sekali.
Kata sumber tu, punyalah manjanya seolah-olah hos tu amat dahagakan kasih sayang dan belaian mesra daripada sorang lelaki. ‘Kesian’ juga sumber Ad Lib tu perhatikan tingkah-laku hos tu.
Aksi cintan-cintunnya tu benar-benar menampakkan dirinya yang kurang belaian kasih sayang. Tapi yang menjelekkan tu, perlu ke dia nak pamerkan aksi tu di Litar F1?
Habis terganggu tumpuan sumber Ad Lib pada perlumbaan yang berlangsung tu dek drama kasih sayang sebabak yang dipersembahkan oleh hos dan buah hatinya tu.
Babak berpeluk sakan tu satu hal, yang lebih buat sumber Ad Lib tu terbeliak biji mata bila melihatkan penampilan ‘berani mati’ hos tu. Maklumlah, perlumbaan tu berlangsung di kawasan panas terik, sah-sahlah semua penonton kepanasan.
Dek kepanasan, hos tu dengan selambanya pun mula menanggalkan butang bajunya satu-persatu dan berhenti di satu checkpoint yang sangat ‘menakutkan’ untuk digambarkan.
Apa lagi, beristighfar panjanglah sumber Ad Lib tu sebab tinggal beberapa inci je lagi dah boleh nampak bahagian yang sangat sulit untuk Ad Lib huraikan kat sini.
Rasanya, semua orang dapat bayangkan apakah bahagian sulit yang Ad Lib maksudkan tu. Kenapalah si hos tu tak reti nak jaga imej dan tingkah lakunya di kawasan umum macam tu.
Ad Lib fahamlah acara tu bertaraf antarabangsa. Tapi itu bukan lesen untuk dia beraksi cintan-cintun dan berpakaian menjolok mata macam tu? Apa dia fikir dah cukup 'mat saleh' ke dengan penampilan macam tu?
Biasa lah, kena teka la sape...
No comments:
Post a Comment